faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Publications

Turun Padang Mendekati Komuniti Kampung Masjid, Ijok, Perak Sempena Program Kemasyarakatan Kampung Angkat MADANI JAN

WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.42 WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.43 WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.45 WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.46 WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.47

 

Jabatan Audit Negara (JAN) turun padang mendekati komuniti setempat melalui Program Kemasyarakatan Kampung Angkat MADANI di Kampung Masjid, Ijok, Perak pada 2 November 2024 (Sabtu) bagi memperkukuh hubungan dan meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang peranan yang dimainkan agensi kerajaan.

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan peluncuran Program Kemasyarakatan Kampung Angkat MADANI JAN dengan menanam Pokok Kelat Paya di Padang Awam, Kampung Masjid, Ijok

Beberapa pengisian Program Kemasyarakatan JAN melibatkan penduduk kampung bersama warga JAN turut diadakan seperti gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar kampung, mengecat sekolah, perlawanan persahabatan bola sepak serta aktiviti memasak beramai-ramai.

Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Mohd Nasrul Menhat, Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama; dan YBrs. Encik Nor Akmal Yang Ghazali, Yang Dipertua Majlis Daerah Selama; dan pegawai-pegawai kanan JAN.

WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.47 1 WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.48 WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.50 WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.50 1 WhatsApp Image 2024 11 03 at 07.58.50 2
  • Modified on: 05 Nov 2024
  • Print
  • 184