A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

INCOSAI

International Congress of Supreme Audit Institutions (INCOSAI) diadakan pada setiap tiga tahun sekali dan ia bertujuan untuk memberi peluang kepada semua ahli negara INTOSAI berkongsi pengalaman, membincangkan isu, meluluskan resolusi dan syor bagi meningkatkan akauntabiliti kerajaan seluruh dunia. Perjumpaan INCOSAI ke 19 yang diadakan di Mexico City, Mexico. Telah dihadiri oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Nagara, En.Hamdan bin Ahmad, Pengarah Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Pn. Lau Tze Ngiik, Timbalan Pengarah Audit Kewangan, En. Abdul Ghani bin Md. Lakin, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang dan Pn. Dr. Masiah bt. Ahmad, Ketua Juruaudit, Bahagian Penyelidikan.

Kongres pada kali ini membincangkan dua tema iaitu Management Accountability and Audit of Public Debt dan Performance Assessment Systems Based on Universally Accepted Key Indicators. Di samping itu, komgres telah mempersetujui pelantikan Jabatan Audit Negara Malaysia dan SAI Paraguay sebagai Juruaudit INTOSAI bagi tahun kewangan 2007 hingga 2009. Pada sesi yang sama, kongres telah memaklumkan bahawa kongres INTOSAI ke 20 pada tahun 2010 akan dianjurkan oleh SAI South Afrika pada 15 hingga 20 November 2010.

  • Modified on: 07 Feb 2022
  • Print
  • 1158