Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan sesi Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada KTMB, serta 11 syarikat subsidiari KTMB pada 30 Disember 2025 di Jabatan Audit Negara.
Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 adalah bertujuan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.
Pihak KTMB diwakili oleh Tuan Ir. Ahmad Nizam Bin Mohamed Amin, Ketua Pegawai Teknikal (menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan) dan Encik Mohamad Jufri Ismail, Pengurus Jabatan Kewangan.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.
Hadir sama Puan Zurina Abd Rahim, wakil daripada Kementerian Pengangkutan dan Encik Mohd Haikal Mohd Yusuff daripada Kementerian Kewangan.



