Sesi Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Yayasan Melaka Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 serta Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Lapan Syarikat
Di Bawah Kawal Selia Yayasan Melaka Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah bersetuju menyerahkan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Yayasan Melaka Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 serta Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 31 Disember 2025 (Rabu) kepada 8 anak syarikat di bawah kawal selia agensi induk, Yayasan Melaka (YM) bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Melaka.
Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.
Yayasan Melaka telah diwakili oleh YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka dan YBhg. Datuk Wira (Dr.) Hajah Radhuana binti Salleh, Pengurus Besar Yayasan Melaka.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan IV dan Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |











