Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baru Ketua Audit Negara Bersama warga Jabatan Audit Negara Negeri Melaka Serta
Penyampaian Sijil Penghargaan Kelayakan Profesional
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baru Ketua Audit Negara Tahun 2026 bersama warga Jabatan Audit Negara Negeri Melaka telah diadakan pada 31 Disember 2025 (Rabu) bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Melaka.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri KAN telah menekankan fokus utama JAN untuk tahun 2026 bagi memperkasa profesionalisme dan kompetensi warga JAN. Sejajar dengan pelaksanaan Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ), warga JAN diharap dapat mengambil bahagian secara aktif serta menggunakan sepenuhnya inisiatif pendigitalan ini bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh kualiti audit dan menyokong transformasi organisasi secara menyeluruh.
Majlis diserikan dengan peluncuran baju rasmi sempena Sambutan 120 Tahun JAN. Peluncuran ini turut disaksikan oleh Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan IV dan Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.
Majis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan Ketua Audit Negara kepada lima (5) orang pegawai JAN Melaka serta 2 orang pegawai dari Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Awam Negeri Melaka kerana telah memperoleh Sijil Kelayakan Profesional yang diiktiraf oleh Badan-Badan Profesional.






