faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja Ketua Audit Negara ke MATRADE

WhatsApp Image 2025 12 18 at 16.24.17 1 WhatsApp Image 2025 12 18 at 16.24.17 2 WhatsApp Image 2025 12 18 at 16.24.18 1 WhatsApp Image 2025 12 18 at 16.24.19 WhatsApp Image 2025 12 18 at 16.24.19 2 WhatsApp Image 2025 12 18 at 16.24.20

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah membuat kunjungan hormat dan lawatan kerja ke MATRADE pada 16 Disember 2025. Kunjungan hormat ini turut disertai Encik Azman bin Mahmood; Timbalan Ketua Audit Negara Kewangan dan Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YB Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE, YBhg. Dato' Sri Mohd Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif bersama barisan pengurusan tertinggi MATRADE.

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya bersama delegasi juga meluangkan masa membuat lawatan ke ruang kerja (open concept) MATRADE di Aras 2 serta kemudahan fasiliti seperti Bilik Mesyuarat dan Studio Green Room.

 

  • Modified on: 16 Dec 2025
  • Print
  • 11