faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 Dan Mesyuarat Berkaitan Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia FELDA Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 12 18 at 13.48.45 WhatsApp Image 2025 12 18 at 13.48.46 WhatsApp Image 2025 12 18 at 13.48.47 WhatsApp Image 2025 12 18 at 13.48.47 1 WhatsApp Image 2025 12 18 at 13.48.49 WhatsApp Image 2025 12 18 at 13.48.49 1

 

Sesi Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara telah diadakan pada 17 Disember 2025 di Putrajaya.

Manakala delegasi FELDA diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman, Pengarah Besar FELDA bersama Encik Muhammad Fitri bin Othman, Timbalan Pengarah Besar (Servis Korporat); Encik Razuwan bin Che Rose, Timbalan Pengarah Besar Perladangan dan Encik Ahmad Syaarani bin Azulan, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti.

Turut serta YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi; YBhg. Dato’ Dr. Stanley Tan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan dan Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri.

Antara lapan syarikat subsidiari FELDA yang hadir termasuk wakil dari FELDA Asset Holdings Company Sdn. Bhd., FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd. dan FELDA Plantation Management Sdn. Bhd..

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara Sektor Audit Kewangan; Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan dan Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Kewangan.

 

  • Modified on: 17 Dec 2025
  • Print
  • 34