Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara telah diadakan pada 17 Disember 2025 di Putrajaya.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan), Yang Dipertua MAIK; YBhg. Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK; Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan; YBhg. Datuk Seri Nik Azman bin Nik Abdul Majid, Ahli Jawatankuasa Majlis – Audit dan Kewangan MAIK dan Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.
Turut hadir Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Azmi bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







