faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Taklimat dan Libat Urus Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Di Jabatan Audit Negara Negeri Perlis

597828262 1303266205178756 6413888049361041180 n 599660951 1303266255178751 1933322448223226664 n 600062173 1303266315178745 6388008412515713813 n 600263545 1303266135178763 6693994825725864816 n

 

Sesi Taklimat dan Libat Urus Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan (PPJ) yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Audit Negara Negeri Perlis 12 Disember 2025. Sesi taklimat dan libat urus ini diadakan susulan pelaksanaan Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ).

Penganjuran sesi ini bertujuan menerangkan hala tuju dalam melaksanakan inisiatif dashboard analitik yang memberi penekanan kepada aspek pendigitalan dan pembangunan keupayaan data analitik dalam memperkukuhkan keberkesanan pengauditan.

Sesi ini dipimpin oleh Tuan Haji Y. Hamdan bin Mohd Dom, Penasihat Program Perubahan Iklim dan Pendigitalan Jabatan Audit Negara, En Khairul Anam bin Muntalib, Penolong Pengarah Audit, Pejabat Ketua Audit Negara dan Encik Suffian bin Mohamad Zaini, Penolong Juruaudit Sektor Audit Prestasi Jabatan Audit Negara.

Turut hadir ialah Encik Ilyas Shukri bin Khodori, Pengarah Audit Negeri Perlis bersama seramai 36 orang pegawai-pegawai Audit Negeri Perlis.

 

  • Modified on: 12 Dec 2025
  • Print
  • 16