faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 Dan Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat
Bagi Syarikat Kumpulan PKNK Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 12 15 at 07.58.37 WhatsApp Image 2025 12 15 at 07.58.38 WhatsApp Image 2025 12 15 at 07.58.38 1 WhatsApp Image 2025 12 15 at 07.58.39 2 WhatsApp Image 2025 12 15 at 07.58.40 1 WhatsApp Image 2025 12 15 at 07.58.41

 

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 telah berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 14 Disember 2025.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara. Manakala PKNK diketuai oleh YBhg. Dato’ Wira Isahak bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK.

Mesyuarat diakhiri dengan sesi penyerahan Sijil Penyata Kewangan PKNK bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 serta penyerahan Sijil Perakuan Ketua Audit Negara bagi Pengauditan e-Selfaudit bagi Tahun 2025 untuk tujuh anak syarikat PKNK iaitu Darulaman Aset Sdn Bhd, KSDC Insurance Brokers Sdn Bhd, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd, Kedah Management Services Sdn Bhd, PKNK Hotel Sdn Bhd, Kedah Oversea Trading Network Sdn Bhd dan KXP Airport City Holdings Sdn Bhd.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Cik Noor Shaadah binti Ahmad, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah; Encik Abdul Majid bin Salleh, Bendahari Negeri Kedah; Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah serta Tn. Haji Muzammil bin Hafiz, Firma Audit Swasta.

 

  • Modified on: 14 Dec 2025
  • Print
  • 46