Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada UNISHAMS Sdn. Bhd. iaitu syarikat di bawah kawal selia Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada 14 Disember 2025 di Alor Setar, Kedah.
Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini bertujuan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 1,856 badan lain termasuk 59 jumlah syarikat Kerajaan yang diwartakan di negeri Kedah.
UNISHAMS Sdn. Bhd. diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri bin Md Hussin. Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YB. Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, selaku Pengerusi Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Audit Syarikat Kerajaan I; dan Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.

