faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Bagi bulan Disember 2025

WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.50 1 WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.51 WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.51 1 WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.51 2 WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.52

 

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan Disember 2025 telah diadakan pada 15 Disember 2025 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Norliza binti Md Nuruddin @ Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).

Majlis kali ini telah dianjurkan bersama oleh Bahagian Audit ICT dan Bahagian Teknikal JAN.

Seramai 1,064 orang warga JAN hadir dalam Majlis tersebut secara fizikal dan dalam talian.

Majlis diserikan dengan peluncuran tiga dokumen rasmi JAN iaitu Pelan Strategik JAN 2026-2030, Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (PPRO) JAN dan Garis Panduan Bertugas Luar Negeri.

Sebagai simbolik peluncuran, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menerima Pelan Perancangan Strategik JAN 2026-2030 daripada Dr. Sarimah Umor, Pengarah Bahagian Dasar dan Antarabangsa, Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (PPRO) JAN daripada Puan Rusna Yahya, Ketua Unit Integriti JAN dan Garis Panduan Bertugas Luar Negeri daripada Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan 3.

Majis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan Ketua Audit Negara kepada 38 orang pegawai JAN yang diiktiraf sebagai Chartered Accountant oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA), Certified Practising Accountant oleh Chartered Professional Accountants Australia (CPA Australia), Certified Public Accountant oleh Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan ASEAN Chartered Professional Accountant oleh ASEAN CPA Coordinating Committee (ACPACC). Pemberian sijil penghargaan atas kelayakan profesional tersebut diharap dapat menggalakkan lebih ramai lagi warga JAN untuk memperoleh Sijil Kelayakan Profesional yang diiktiraf oleh Badan-Badan Profesional.

WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.51 3 WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.52 1 WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.53 WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.53 1 WhatsApp Image 2025 12 15 at 20.01.54

 

  • Modified on: 15 Dec 2025
  • Print
  • 69