Majlis The 35th Sultan Azlan Shah Law Lectures 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah hadir ke Majlis The 35th Sultan Azlan Shah Law Lectures 2025 anjuran Yayasan Sultan Azlan Shah dan Universiti Malaya (UM) pada 11 Disember 2025 di Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke program syarahan undang-undang yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa/ International Court of Justice (ICJ) dan Master Magdalene College, Cambridge, Sir Christopher Greenwood dengan tajuk 'Can International Law Make a Difference in Time of War'.
Majlis The 35th Sultan Azlan Shah Law Lectures ini merupakan majlis berprestij yang menyediakan platform penting untuk perbincangan intelek di peringkat tertinggi antara ahli akademik, pengamal undang-undang dan penjawat awam. Ia juga menegaskan komitmen Malaysia untuk memupuk kefahaman yang lebih mendalam mengenai isu-isu global utama.





