faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Bimbingan Pengauditan Penyata Kewangan Negeri Melaka Menggunakan Platform Audit Data Warehouse
Jabatan Audit Negara Negeri Melaka

WhatsApp Image 2025 12 11 at 18.37.57 WhatsApp Image 2025 12 11 at 18.37.57 1 WhatsApp Image 2025 12 11 at 18.37.57 2 WhatsApp Image 2025 12 11 at 18.37.58

 

Sesi Bimbingan Pengauditan Penyata Kewangan Negeri Melaka Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara Negeri Melaka telah berlangsung di Wisma Audit Melaka pada 8 hingga 9 Disember 2025. Program ini diadakan susulan pelaksanaan Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ).

Penganjuran sesi ini bertujuan meningkatkan kompetensi pegawai JAN dalam melaksanakan pengauditan menggunakan Platform Audit Data Warehouse, sekali gus memastikan proses pengauditan dilaksanakan dengan lebih efisien, sistematik dan selaras dengan piawaian pengauditan semasa. Sesi ini dipimpin oleh Dr. Mohd Daniel bin Mohd Nassir, Timbalan Pengarah Bahagian Audit ICT, Jabatan Audit Negara.

Turut hadir ialah Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka bersama seramai 45 orang pegawai-pegawai Audit Negeri Melaka.

WhatsApp Image 2025 12 11 at 18.37.58 1 WhatsApp Image 2025 12 11 at 18.37.58 1 WhatsApp Image 2025 12 11 at 18.37.58 3 WhatsApp Image 2025 12 11 at 18.37.59 1

 

  • Modified on: 09 Dec 2025
  • Print
  • 103