Misi Bantuan Bencana Banjir Skuad Ihsan MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Perak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Skuad Ihsan MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Perak telah melaksanakan misi bantuan di kediaman mangsa banjir Warga Emas yang mengalami masalah kesihatan Negeri Perak pada 9 Disember 2025.
Seramai 18 ahli skuad terlibat dalam kerja-kerja pembersihan, termasuk pengalihan perabot, pencucian ruang dalaman dan sanitasi asas.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Skuad Ihsan MADANI JAN dalam menyantuni masyarakat dan kakitangan, di samping memperkukuh hubungan antara warga JAN melalui aktiviti kebajikan dan kesiapsiagaan bencana.





