AI-Powered Leadership Conference
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah diwakili oleh Encik Azunan Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan) selaku Ketua Pegawai Digital ke “AI-Powered Leadership Conference” yang berlangsung pada 2 Disember 2025 di Kampus Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur.
Persidangan berimpak tinggi anjuran ASB–Iclif Executive Education Center ini menghimpunkan tokoh perintis kecerdasan buatan (AI) antarabangsa, pemimpin korporat serta penggerak perubahan serantau bagi membincangkan landskap kepimpinan masa hadapan dalam era digital yang semakin kompleks dan berteknologi.
Majlis perasmian Persidangan telah disempurnakan oleh YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia.
Turut hadir Dr. Alifah Aida binti Lope Abd Rahman, Pengarah Bahagian Audit ICT, Jabatan Audit Negara.




