Mesyuarat Penutup Mengenai Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan Sabah Development Bank Berhad (SDBB)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Mengenai Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan Sabah Development Bank Berhad (SDBB) pada 25 November 2025 di Putrajaya.
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan (MOF) Sabah, YBhg. Datuk Seri Panglima Lim Haw Kuang, Pengerusi Eksekutif SDBB dan Puan Patricia Ubin, Ketua Pegawai Eksekutif SDBB.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Encik Zakri bin Mamat, Pengarah Audit Negeri Sabah.





