Program Solat Maghrib Berjemaah Dan Bacaan Yasin Perdana Jabatan Audit Negara Tahun 2025 Bersama Ketua Audit Negara (KAN)
Dan Warga Jabatan Audit Negara (JAN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri program solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yasin Perdana Jabatan Audit Negara tahun 2025 pada 25 November 2025 (Selasa) di Jabatan Audit Negara (JAN) Putrajaya. Program ini telah dianjurkan oleh Surau Al-Ibtisam, PUSPANITA dan KAWIP JAN.
Turut hadir Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Norliza binti Md Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), dan Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).
Solat Maghrib dan Program bacaan Yasin dipimpin oleh Al-Fadil Tuan Haji Badiuzzaman Mohd Pakir, manakala solat Isyak dipimpin oleh Al-Fadil Encik Azizi bin Mohd Arifin.
Program ini diadakan bagi memohon keberkatan, rahmat dan kesejahteraan daripada Allah SWT, di samping menyemai suasana kerja yang positif dan penuh keharmonian serta mengeratkan ukhuwah sesama warga Jabatan Audit Negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |









