Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 26 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Encik Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA.
Turut hadir Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Puan Nadhirah binti Haji Abdul Wahab, Pengarah Audit Kewangan II.
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara seterusnya menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan RISDA bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pengarah RISDA.
Beliau turut menandatangani dan
menyerahkan Surat Perakuan dan Pandangan Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada 12 anak syarikat di bawah kawal selia RISDA.
Syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada RISDA Holdings Sdn. Bhd., Kolej RISDA Sdn. Bhd., Permodalan RISDA Berhad, Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd., RISDA Bina Sdn. Bhd., RISDA Agri Food Industries Sdn. Bhd., RISDA Estates Sdn. Bhd., RISDA Security and Services Sdn. Bhd., RISDA Ventures Sdn. Bhd., PRB Technology Solutions Sdn. Bhd., RISDA Agro Sdn. Bhd. dan RISDA Livestock Sdn. Bhd.
Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh JAN awal tahun 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.





