Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 24 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan YBhg. Dato' Khairul Halimin bin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDNM serta Encik Mazlan bin Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM), Kementerian Kewangan.
Turut hadir bersama, Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Kewangan 1.
Seterusnya, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan LDHNM bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM.





