![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mengadakan lawatan rasmi ke Akademi Audit Negara (AAN) di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan pada 16 Jun 2023.
Lawatan kerja rasmi pertama beliau ini adalah untuk melihat pengoperasian AAN yang merupakan pusat latihan bertaraf antarabangsa bertujuan meningkatkan dan memerkasakan kompetensi dan profesionalisme para pegawai juruaudit di Malaysia. Beliau turut meninjau sekitar kawasan AAN dengan melawat status fasiliti-fasiliti yang disediakan.
![]() |
![]() |