![]() |
![]() |
![]() |
Sekitar kunjungan hormat YBhg. Datuk Ketua Audit Negara ke atas YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang Di-Pertua Dewan Negara yang baharu pada 23 Jun 2023.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Penasihat Undang-Undang, Jabatan Audit Negara, Puan Nurhafiza Marsidi.
Semoga kunjungan hormat ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama erat antara Jabatan Audit Negara dengan Parlimen Malaysia khususnya bagi maksud menjalankan kuasa yang diperuntukkan kepada Ketua Audit Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 [Akta 62].