faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Lawatan Sambil Belajar Kolej Vokasional Lahad Datuk ke Jabatan Audit Negara Negeri Sabah

WhatsApp Image 2026 01 22 at 21.05.49 WhatsApp Image 2026 01 22 at 21.05.50 WhatsApp Image 2026 01 22 at 21.05.51 1 WhatsApp Image 2026 01 22 at 21.05.52 WhatsApp Image 2026 01 22 at 21.05.52 3 WhatsApp Image 2026 01 22 at 21.05.53

 

Seramai 21 pelajar dan 2 pensyarah pengiring daripada Kolej Vokasional Lahad Datu yang diketuai oleh Puan Noor Hafiezah binti Mohd Khairil@ Simon, Ketua Program Perakaunan Kolej Vokasional Lahad Datu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Audit Negara Negeri Sabah pada 22 Januari 2026.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun akhir Diploma Semester 4 sebelum On Job Training (OJT) tentang proses, prosedur dan pelaksanaan Audit di organisasi. Taklimat mengenai fungsi Jabatan Audit Negara dan peranan juruaudit telah disampaikan oleh Pengarah Audit Negeri Sabah, Encik Zakri bin Mamat.

 

Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) Bersama Kerajaan Negeri Perak

WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.27.22 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.27.23 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.27.23 1 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.27.23 2 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.27.24 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.27.24 1 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.27.26  

 

Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) pada 22 Januari 2026 berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD). Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.

Melalui sesi ini, sebanyak 10 isu telah berjaya diselesaikan merangkumi pengurusan projek penswastaan pihak berkuasa tempatan (PBT), Perak Industrial Resources Sdn. Bhd., pengurusan ladang sosial, pengurusan sisa pepejal Daerah Kinta dan pengurusan projek program khas perumahan Perwira. Hasil sesi libat urus ini, sejumlah RM1.36 juta berjaya dikutip semula daripada bayaran balik tunggakan cukai tanah, tunggakan kos pembangunan ladang dan tuntutan bayaran kerja tambahan.

Sesi Libat Urus ini merupakan inisiatif baharu JAN selaras dengan pindaan Akta Audit 1957, khususnya seksyen 9A yang memperuntukkan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk menjalankan susulan audit terhadap tindakan yang telah diambil oleh Persekutuan, Negeri, pihak berkuasa awam atau badan yang ditentukan terhadap syor, ulasan atau pandangan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Turut hadir ke sesi ini YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-undang Negeri; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri; YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan); dan Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).

Turut hadir daripada pihak JAN adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Puan Noor Rita binti Kassim, Pengarah Bahagian Susulan Audit; dan Encik Abd Aziz bin Che Daud, Pengarah Audit Negeri Perak.

 

Majlis Perjumpaan Dan Amanat Ketua Audit Negara Tahun 2026 Bersama warga Jabatan Audit Negara Negeri Perak

WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.27 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.27 1 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.28 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.28 2 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.28 3 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.29

 

Majlis Perjumpaan dan Amanat Ketua Audit Negara Tahun 2026 bersama warga Jabatan Audit Negara Negeri Perak telah diadakan pada 22 Januari 2026 bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Perak.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menekankan fokus utama JAN untuk tahun 2026 bagi memperkasa profesionalisme dan kompetensi warga JAN sejajar dengan pelaksanaan Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ). Majlis diserikan dengan perasmian Bilik PPJ di JAN Negeri Perak bagi tujuan latihan dan pembangunan kapasiti warga JAN Perak.

Sebelum itu, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara berkesempatan mendengar taklimat projek rintis "Champion" PPJ JAN Perak yang telah disampaikan oleh Encik Abd Aziz bin Che Daud, Pengarah Audit Negeri Perak.

Majlis turut diserikan dengan penurunan tandatangan YBhg. Dato’ Seri KAN pada baju jersi rasmi JAN Negeri Perak sempena Program Sambutan 120 Tahun JAN.

Majlis Amanat ini turut disaksikan oleh Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).

WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.29 1 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.29 3 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.30 1 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.30 2 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.31 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.31 1

 

 

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.30.26 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.31.30 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.31.30 1 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.31.30 3 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.31.31 2 WhatsApp Image 2026 01 23 at 10.31.32

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan sesi Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 adalah bertujuan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.

Hadir sama dalam sesi ini ialah YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri; dan YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Encik Abd Aziz bin Che Daud, Pengarah Audit Negeri Perak; dan Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

Temu Bual Di Apa Khabar Malaysia Sempena Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN)

WhatsApp Image 2026 01 21 at 19.19.52 WhatsApp Image 2026 01 21 at 19.19.52 1 WhatsApp Image 2026 01 21 at 19.19.53 WhatsApp Image 2026 01 21 at 19.19.53 1

 

Sekitar sesi slot temu bual bersama Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Jabatan Audit Negara di slot temu bual di Apa Khabar Malaysia pada 21 Januari 2026 (Rabu) sempena Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN) pada 26 Januari 2026 (Isnin) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Nantikan Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN) pada 26 Januari 2026 (Isnin)!

 

faqhubungimaklumbalaspeta