|
Audit
Berkualiti Meningkatkan Akauntabiliti |
Jabatan Audit
Negara Malaysia
No 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, 62518 Putrajaya,Malaysia.
Tel : +603 8889 9000 Fax : +603 8889 1607 webmaster@audit.gov.my
|
©Hakcipta Terpelihara Jabatan Audit Negara Malaysia 2004
1. Artikel 105 - Ketua Audit Negara
(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di - Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
(2) Seseorang yang telah memegang jawatan Ketua Audit Negara boleh dilantik semula tetapi tidak boleh dilantik bagi apa-apa jawatan lain dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan sesuatu Negeri.
(3) Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.
(4) Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Ketua Audit Negara, dan saraan yang diperuntukkan itu hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
(5) Saraan dan lain-lain syarat jawatan (termasuk hak pencen) bagi Ketua Audit Negara tidak boleh, selepas perlantikannya dibuat apa-apa perubahan yang kurang baik baginya.
(6) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Artikel ini, syarat perkhidmatan Ketua Audit Negara hendaklah ditetapkan dengan undang-undang Persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan undang-undang Persekutuan, oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
2. Artikel 106 - Kuasa Dan Kewajiban Ketua Audit Negara
(1) Akaun-akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-negeri hendaklah diaudit oleh Ketua Audit Negara, dan laporan dibuat olehnya.
(2) Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan dan Negeri berhubung dengan akaun-akaun Persekutuan dan akaun-akaun Negeri-negeri dan berhubung dengan akaun-akaun pihak berkuasa-pihak berkuasa awam lain dan akaun-akaun badan-badan yang ditentukan dengan perintah yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Artikel 107 - Laporan Ketua Audit Negara
(1) Ketua Audit Negara hendaklah menghantar laporan-laporannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang akan mengarahkan laporan-laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat.
Satu naskah mana-mana laporan itu mengenai akaun-akaun sesuatu Negeri atau mengenai akaun-akaun mana-mana pihak berkuasa awam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh undang-undang Negeri, hendaklah dihantar kepada Raja atau Yang diPertua Negeri bagi negeri itu yang akan mengarahkan laporan itu dibentangkan dalam Dewan Negeri itu.