Audit
Berkualiti Meningkatkan Akauntabiliti |
![]() Jabatan Audit
Negara Malaysia
No 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, 62518 Putrajaya,Malaysia. Tel : +603 8889 9000 Fax : +603 8889 1607 webmaster@audit.gov.my ![]() |
Jabatan Audit Negara dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasinya sentiasa menekan kepada kepentingan kakitangan yang berkualiti dan berkebolehan. Pengambilan kakitangan Jabatan dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melibatkan dua kategori jawatan iaitu Juruaudit (W41) dan Penolong Juruaudit (W27). Kriteria pengambilan kakitangan baru menekankan kepada kelayakan akademik dan kepakaran yang diperlukan oleh Jabatan. Kelayakan akademik yang diperlukan mengikut kategori pegawai adalah seperti berikut.
Juruaudit
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi
Pengajian Tinggi terutama dalam jurusan Perakaunan, Komputer Sains/IT atau
Pentadbiran Perniagaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penolong Juruaudit
Diploma dalam bidang Pengajian Perakaunan, Pengajian Bank atau Pengajian Perdagangan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi. Selain itu,
kelayakan seperti Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and
Administrators of United Kingdom dalam bidang Pentadbiran Kewangan dan lulus
Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM
Lain-lain Keperluan :
Peperiksaan Jabatan
Semua Juruaudit dan Penolong Juruaudit perlu lulus peperiksaan Jabatan yang
merangkumi subjek Perakaunan, Pengauditan dan Perlembagaan & Undang-undang
Kerajaan Malaysia sebelum disahkan dalam jawatan.
Latihan
Dalam usaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan pegawai dan
kakitangan audit, Jabatan Audit Negara menyediakan program latihan yang berterusan
dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Program latihan yang akan diadakan
di Akademi Audit Negara merangkumi berbagai disiplin seperti pengauditan,
perakaunan, komputer dan pengurusan yang diwajibkan bagi semua pegawai serta
kakitangan audit.