Program Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan serta Program Hari Audit Se-Malaysia, Hari Inovasi & Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2010 akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 25 hingga 28 September 2010 Tempat : Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan |
![]() |
Borang |
![]() |
eForum |
![]() |
ePeperiksaan |
![]() |
Helpdesk ICT |
![]() |
Helpdesk Kewangan |
![]() |
Direktori Pegawai |


Perkara 105: Ketua Audit Negara
| (1) |
Maka hendaklah ada seorang Ketua Audit Negara, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
|
| (2) |
Seseorang yang telah memegang jawatan Ketua Audit Negara layak dilantik semula tetapi tidaklah layak dilantik bagi apa-apa pelantikan lain dalam perkhidmatan Persekutuan atau bagi apa-apa pelantikan dalam perkhidmatan sesuatu Negeri
|
| (3) |
Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.
|
| (4) |
Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Ketua Audit Negara, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.
|
| (5) |
Saraan dan terma lain jawatan (termasuk hak pencen) bagi Ketua Audit Negara tidaklah boleh, selepas pelantikannya, diubah menjadi kurang baik baginya.
|
| (6) |
Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, terma dan syarat perkhidmatan Ketua Audit Negara hendaklah ditentukan melalui undang-undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan, oleh Yang di-Pertuan Agong.
|
Perkara 106: Kuasa dan Tugas Ketua Audit Negara
| (1) | Akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit dan dibuat laporan mengenainya oleh Ketua Audit Negara. |
| (2) |
Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan berhubung dengan akaun bagi Persekutuan dan akaun bagi Negeri-Negeri dan berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan akaun bagi badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
|
Perkara 107: Laporan Ketua Audit Negara
| (1) | Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat. |
| (2) |
Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.
|