Program Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan serta Program Hari Audit Se-Malaysia, Hari Inovasi & Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2010 akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 25 hingga 28 September 2010 Tempat : Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan |
![]() |
Borang |
![]() |
eForum |
![]() |
ePeperiksaan |
![]() |
Helpdesk ICT |
![]() |
Helpdesk Kewangan |
![]() |
Direktori Pegawai |

![]() |
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI ANTARA JABATAN AUDIT NEGARA DAN INSTITUSI AUDIT EMIRIYAH ARAB BERSATU |
LAPORAN MESYUARAT TEKNIKAL KEEMPAT PELAKSANAAN MOU ANTARA JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA DAN BADAN PEMERIKSA KEUANGAN
REPUBLIK INDONESIA
DI BUKIT TINGGI, SUMATERA BARAT, INDONESIA PADA 13-16 APRIL 2009
Mesyuarat MOU antara Jabatan Audit Negara Malaysia dan Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia telah diadakan di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia pada 14-15 April 2009. Mesyuarat ini adalah pertemuan di peringkat tertinggi dalam rangka kerjasama bilateral antara Malaysia dan Indonesia dan mesyuarat ini adalah mesyuarat susulan sejak MOU ditandatangani di Mexico pada tahun 2007. Delegasi Jabatan Audit Negara Malaysia diketuai oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Hj. Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara Malaysia dan diwakili oleh 8 pegawai kanan lain iaitu En. Abd. Wahab Ahmad, Pengarah Akademi Audit Negara, En. Azmin Husin, Timb. Pengarah (Penyelidikan), En. Mohamed Ziadi Zakaria, Pengarah Audit Negeri, Cawangan Negeri Kelantan, En. Ahmad Sanusi Yaakob, Timb. Pengarah Audit, Cawangan Negeri Kedah, Tn. Hj. Abdul Rahim Abdul Kader, Timb. Pengarah Audit (Cukai Pendapatan), Cik. Raftah Ibrahim, Timb. Pengarah (Kastam), En. Mohd Shahril Bin Yahya, Ketua Juruaudit, Cawangan Audit Negeri Pahang dan En. Lai Soon Ming, Pen. Pengarah Audit (Cukai Pendapatan). Manakala Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia diketuai oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Anwar Nasution, Pengerusi Badan Pemeriksa Keuangan dan disertai oleh Anggota I BPK En. Imran dan Anggota II En. Gusti Agung Rai, serta 5 pegawai kanan lain iaitu En. Dharma Bhakti, Setiausaha Agung BPK, En. Daeng M. Nazer, Principal Directorate of Planning, Evaluation, Development and Training, En. Hadi Priyanto, Principal Auditor, En. Syafri Adnan Baharuddin, Principal Auditor, dan En. Syaiful Anwar Nasution, Expert Staff serta pegawai-pegawai lain.
Dalam ucapan pembukaan, Y. Bhg. Tan Sri Ketua Audit Negara mengucapkan terima kasih kepada Y. Bhg. Prof. Dr. Anwar di atas usahanya untuk menjalin kerjasama serantau bagi manfaat bersama dalam bidang perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta mempromosikan amalan terbaik pengauditan dan pembangunan sumber manusia. Y. Bhg. Tan Sri Ketua Audit Negara menyatakan betapa pentingnya untuk melihat semula peranan pengauditan bagi memenuhi kehendak pihak awam yang meningkat dalam usaha untuk mencapai ketelusan dan akauntabiliti yang lebih baik.
Para delegasi telah memberi laporan status pelaksanaan kerjasama bilateral dan pengajaran (lessons learnt) bagi pengauditan pengurusan hutan, cukai dan latihan. Taklimat juga telah diberikan kepada delegasi mengenai penggunaan Geographic Information System (GIS) oleh pegawai Audit BPK dalam pengauditan hutan.
Mesyuarat juga telah membincangkan mengenai persembahan laporan semasa 8th Steering Committee Meeting INTOSAI WGEA di Ubud, Bali yang akan diadakan pada bulan Mei/Jun 2009. Dalam bidang Percukaian dan Kastam pula, mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan program sangkutan dan melaksanakan pengauditan kewangan dan prestasi. Selain itu, mesyuarat juga bersetuju untuk bertukar-tukar kepakaran dan peserta dalam pembangunan modul latihan, kursus Audit Penyiasatan, pembangunan Indeks Akauntabiliti dan kursus MTCP dalam pengauditan prestasi dan ICT.
Kerjasama ini telah memberi peluang kepada kedua-dua negara bertukar pengetahuan, pengalaman dan pengajaran dalam bidang pengauditan, latihan dan penyelidikan. Selain itu, kerjasama ini juga telah membuka ruang kepada kedua belah pihak untuk bekerjasama ke arah pencapaian matlamat bersama iaitu kecemerlangan dalam pengauditan awam dan meningkatkan integriti, ketelusan serta akauntabiliti awam. Dengan semangat kerjasama ini, kedua-dua pihak akan berupaya untuk mencipta sinergi dan mencetus idea inovatif yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada kedua negara.
Disediakan oleh:
Azmin Husin
Timb. Pengarah (Penyelidikan)
Sektor Audit.Khas dan Penyelidikan