Khamis | 09 September 2010 |
Untitled Document
Increase Font Size Option 5 Reset Font Size Option 5 Decrease Font Size Option 5

WARGA JAN

WEBMAIL
INTRANET

Aktiviti

Program Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan serta Program Hari Audit Se-Malaysia, Hari Inovasi  & Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2010 akan diadakan seperti berikut :-

 

Tarikh   : 25 hingga 28 September 2010

Tempat  : Permaisuri  Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Kalendar

September 2010
A I S R K J S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2
sirim
Ketua Audit Negara >> Perutusan KAN

 

 

PERUTUSAN TAHUN BARU 2010

 

alt

 

Salam sejahtera dan selamat menyambut 2010 kepada seluruh warga audit di mana jua mereka berada.


Tahun 2010 adalah tahun yang signifikan. Ia tahun terakhir dalam dekad pertama kurun ke 21. Ia juga tahun terakhir pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dan tahun pengenalan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ia juga merupakan tahun pelaksanaan model ekonomi baru negara dan Program Transformasi Negara yang berpaksikan Konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kerajaan bertekad untuk mencapai KPI yang disasarkan bagi bidang keberhasilan Kementerian (MKRA) selain melaksanakan program ransangan ekonomi.


Semuanya ini akan melibatkan perbelanjaan wang awam, oleh itu sewajarnyalah warga audit sekalian memperbaharui tekad dan iltizam untuk membantu negara belanja berhemat dengan memberi maklum balas kepada kerajaan dan rakyat tentang sejauh mana sesuatu perbelanjaan itu telah dibuat berasaskan  prinsip ‘value for money’  dan di mana relevan mendedahkan kes-kes keborosan, pembaziran mahupun penyelewengan dalam sektor awam.


Dalam konteks ini amatlah penting semua warga audit berusaha mempertingkatkan tahap profesionalisme mereka dengan penambahbaikan dalam ilmu pengetahuan kerja, kemahiran dan sikap proaktif agar pencapaian yang dihasilkan sentiasa baik dan bukan `mediocre’. Pengauditan adalah merupakan aktiviti kumpulan, maka `teamwork’ dan kepimpinan yang dinamik amat diperlukan.


Saya juga berharap 2010 dapat menyaksikan Jabatan Audit Negara memantapkan pencapaiannya sebagai Jabatan contoh di mana warga audit tidak berkompromi dalam menghasilkan kerja yang berkualiti, tidak cuai dan sentiasa mengutamakan imej dan kewibawaan Jabatan kita.


Saya berdoa agar warga audit sekalian diberi petunjuk, taufik dan hidayah serta sentiasa sihat dan selamat dalam menunaikan kewajipan masing-masing.


Selamat Tahun Baru.

 

 

penarafan

Lokasi Cawangan

thumbnailcawangan

Galeri

Capaian

Hari Ini 34
Semalam 1910
Bulan Ini 20174
Keseluruhan 603168
Sejak 01-01-2010

Pelawat Aktif

524 pelawat dalam talian