INTOSAI
Matlamat Malaysia adalah untuk terus maju dalam mengukuhkan pencapaian negara di dalam International Organisation of Supreme Audit Institutions atau INTOSAI yang dianggotai oleh 193 buah negara di seluruh dunia. Malaysia telah menganggotai INTOSAI pada tahun 1977. Pada tahun 2016 di Persidangan INCOSAI di Abu Dhabi, United Arab Emirates, JAN telah mendapat pengiktirafan tertinggi dengan mewakili keseluruhan INTOSAI dalam membentangkan kertas kerja berkaitan pengauditan Sustainable Development Goals (SDGs). Pada masa kini, JAN telah memperluaskan keanggotaan dalam INTOSAI dengan penyertaan dalam 8 Working Groups di bawah Knowledge Sharing and Knowledge Services Committee dan 2 Work Streams di bawah Capacity Building Committee. Malaysia amat komited dalam menghadiri persidangan dan seminar antarabangsa yang dianjurkan INTOSAI bagi tujuan pembangunan kapasiti juruaudit dalam bidang pengauditan sektor awam. Maklumat lanjut mengenai INTOSAI boleh diperolehi di laman web INTOSAI iaitu www.intosai.org.