Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Audit Negara Tahun 2024
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Audit Negara Tahun 2024 yang diadakan pada hari ini seusai Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga JAN di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Jabatan Audit Negara merasa amat bertuah dengan kesudian YAB Perdana Menteri meluangkan masa meraikan kemeriahan Syawal dan beramah-mesra dengan warga JAN.
Sambutan berkonsepkan gerai mengikut sektor ini dibuat menggunakan duit sumbangan daripada KAN dan warga jabatan yang bekerjasama dan berganding bahu menghias dan membuat persembahan mengikut sektor masing-masing. Semoga semangat ini dapat diteruskan dan diterapkan dalam melaksanakan pengauditan dan tugasan yang dibuat.